top of page

SPAGHETTI BRIDGE CHALLENGE 2023

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN

  1. Terbuka kepada semua pelajar SEKOLAH MENENGAH seluruh negeri PULAU PINANG sahaja.

  2. Pendaftaran penyertaan mestilah dibuat SEBELUM atau PADA 05.05.2023

  3. Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada DUA (2) orang pelajar untuk satu kumpulan

  4. Produk inovasi mestilah dibangunkan semasa hari pertandingan dijalankan.

  5. Bahan untuk membina Spaghetti Bridge disediakan oleh pihak penganjur (seperti gam, spaghetti dan sebagainya) semasa hari pertandingan.

  6. Penyertaan adalah percuma.

  7. Keputusan adalah muktamad.

BAHAN BINAAN

  • Bahan binaan yang akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan adalah sebungkus spaghetti (500 gm) dan loading hook.

  • Jambatan perlu dibina daripada pasta jenis spaghetti sahaja.

  • Hanya gam sahaja yang boleh digunakan untuk mencantum titik cantuman pada pangkal dan hujung spaghetti. Penggunaan gam pada bahagian lain spaghetti tidak dibenarkan.

SPAGHET.PNG

SPESIFIKASI

  • Ketinggian maksima jambatan yang dibina (daripada titik tertinggi hingga titik terendah) tidak lebih daripada 30 cm.

  • Panjang mendatar jambatan yang dibina adalah tidak kurang daripada 50 cm dan tidak lebih daripada 70 cm (50 cm hingga 70 cm).

  • Berat maksima jambatan yang telah siap dibina beserta dengan loading hook tidak melebihi 700 gm.

  • Loading hook perlu dipasang pada bahagian tengah bawah jambatan.

  • Dek jalan dengan kelebaran 5 cm dan panjang yang sama dengan panjang jambatan perlu dibina pada bahagian bawah jambatan supaya jambatan boleh dijadiakan sebagai laluan.

  • Blok kayu berukuran 7 cm × 5 cm × 4 cm akan digunakan sebagai kereta semasa ujian halangan dek laluan. Blok kayu tersebut akan diletakkan di atas dek laluan dan digerakkan daripada hujung ke hujung jambatan.

PEMARKAHAN

  • Penilaian akan dibuat dalam dua fasa iaitu:

    1. Penilaian Spesifikasi

    2. Ujian Beban

  • Jambatan yang memenuhi syarat-syarat spesifikasi pertandingan sahaja yang akan dinilai untuk fasa kedua iaitu Ujian Beban.

HUBUNGI KAMI

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi :

MOHD DINIL HAQ BIN SAHBUDIN  ( 0194425161 )

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER

POLITEKNIK BALIK PULAU

  • Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Mei 2023

PENDAFTARAN

KLIK PAUTAN DI BAWAH ATAU SCAN QR CODE UNTUK MENDAFTAR

bottom of page